Sep 10, 2010

Syawal sesudah Ramadhan

"bagi menyempurnakan titah perintah Duli yang maha mulia yang di Pertuan Agung, setelah di perkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan tarikh hari raya puasa bagi tahun 2010 adalah pada hari Jumaat bersamaan dengan 10 haribulan Sept"

Syukur kepada Allah SWT, masih lagi diberi umur utk bertemu Syawal. Setelah sebulan berpuasa akhirnya tiba masa utk semua umat islam meraikan kemenangan iaitu Hari Raya Fitrah atau Hari Raya Puasa.Hari yang aku rasa membuat semua org happy especially pd siapa yg telah mengisi Ramadhannya dgn amal kebaikan.


Bila citer pasal raya, teringat aku pada pelbagai zaman and peringkat hidup aku, dari zaman kanak2, zaman student and zaman kerja. Semua ada kenangan yg tak kan hilang dr ingatan. Dari collect duit raya sampai kena bagi duit raya. yang pasti every hari raya, ukuran pinggang aku sure akan meningkat... perut drp bumper kancil sampai dah bumper lori 1 tan..silap2 suar baru beli utk raya pun tak muat...huhu



Menu pagi hari raya kat umah aku usually is ketupat palas (lepat pulut). kami tak buat ketupat mcm umah2 lain sebab biasanya ketupat akan di supply oleh untie and uncle yg datang beraya. Kami adik beradik pun memang suka pulut compare to ketupat.

Lepas semua family solat aidilfitri di surau depan umah, the event is bersalam-salaman...bermaaf-maafkan... lepas tu makan..lepas makan is makan, then makan, makan and makan... :)



Macam tahun tahun yg sudah, aku nak complete kan puasa 6. Not because of nak maintain the record but to get the reward. InsyaAllah aku akan start puasa di raya ke-5.






No comments: