Jul 5, 2014

USA

Finally dapat jugak menjejakkan kaki ke United States of America.. 2 minggu kat sana memang tak cukup...starts from Los Angelas then straight to Orlando,Florida. Pantai di Miami, Florida yg ramai kata cantik tu aku rasa ok aje lah...not as expected. Hollywood Boulevard kat LA tu lah meriah skit sebab ramai visitor and orang2 yg pakai costumes hero and heroin movies Hollywood. 
Yang best about USA is everything is murah...abih cash sambung credit card pulak. Kebetulan each tempat yg yang kami pergi ada Premium Outlet so mmg shopping aje lah kerjanya. Kalo bagi lagi 5 hari aku ingat aku bleh pokai. Makanan halal pun tak susah...tempat solat pun balun je kat merata tempat. Orang2 kat sana pun macam biasa je tak sombong mcm di Moscow. Senang citer semua nya OK.
 
City of Orlando, Florida is one of the states di US yg takde salji...cuaca lebih kurang mcm kat Msia. Yang paling ketara about Orlando is bandar yang sangat2 bersih. Bersih setara dengan bandar2 di Jepun. View from plane aku tgk banyak kawasan tasik and paya. Theme park memang merata di Orlando ni, one of the famous is Universal Studio Florida.
Next after Orlando, we heading to the southerneast, Miami. A city that you can find majority Hispanic ethnic. Dah mcm kat Cuba pulak sebab ramai yg cakap Spanish.
 
 

 

 





 

Feb 21, 2014

Japan 2013

Shinkansen ~ Akita Super Komachi





Feb 16, 2014

Masjid Hassan II, Maghribi



Casablanca, Morocco, June 2013.- Masjid Hassan ke-2 ialah sebuah masjid yang indah dan merupakan masjid ke-7 terbesar di dunia. Masjid yang terletak di pinggir bandar Casablanca ini menghadap lautan Atlantik. Ianya dibina di atas air laut yang telah ditambak. Menara masjid boleh dilihat dari jauh kerana saiznya yang amat besar dan tinggi.


Masjid sebesar ini boleh menempatkan seramai 105,000 jemaah dalam satu masa. Seni bina Islam yang terdapat di Masjid juga diperkemaskan dengan ciri-ciri moden. Ruang wuduk yang berada di tingkat bawah juga luas untuk memudahkan jemaah mengambil air sembahyang terutama ketika Solat Jumaat dan juga Solat Terawih di bulan Ramadhan.

Dewan solat 

tangga ke ruang solat atas

Add caption

ruang berwuduk yang tidak menggunakan paip air

Menara Masjid yang tinggi melebihi 200 meter dapat memancarkan laungan azan yang jelas ke seluruh kawasan berdekatan. 

Di sebalik keindahan dan keunikan masjid ini, terdapat beberapa perkara yang dirasakan janggal. Pertama; Pengunjung masjid tidak si syarakan oleh jawatan kuasa masjid untuk menutup aurat ketika berada di ruang solat. Kedua; sepanjang 1 jam lawatan, hanya kelihatan seorang sahaja yang bersolat di ruang solat utama. Ramai orang yang datang hanya untuk melihat keindahan masjid daripada bersolat. Terdapat kepungan iaitu tali di bahagan hadapan ruang solat.